my Pages

Wednesday, December 28, 2011

misi hari ini

skarang tgh sibuk nk mengiklan produk.. nak tau produk pe...
produk ini berkaitan dengan perkahwinan.. iaitu kad jemputan lah...
owner nye adalah my sis tp cik kina tolong pe yg patut.. ni nk promote sikit ni... macam jenis kad de dgn hrge yg berpatutan.. nk kmi design bleh nk design sndri pn bleh... nk detail tgk kat link fb ni...

https://www.facebook.com/pages/KAD-Kahwin-Murah/241268889263348

Saturday, December 17, 2011

Thursday, April 7, 2011

air....

KESIHATAN

BPA ubah lelaki jadi wanita

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com


KLORIN di dalam kolam renang akan bertukar menjadi racun jika bercampur dengan air kencing manusia. - Gambar hiasan

AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara.

Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon.

Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.

“Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol.

“Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.

“Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia,” katanya.

BPA

Dakwanya, BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita.

“Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia.

“Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada,” ujarnya.

Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya.

Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.

Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina.

“Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan.

“Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut.

“Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter.

“Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter,” katanya.

Selain isu pencemaran bekas minuman, sumber air yang diminum juga berupaya mendedahkan manusia kepada risiko penyakit kanser.

AIR paip yang sudah dirawat selamat diminum begitu sahaja.

“Air yang tidak dirawat mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti nitrat, arsenik, mikroorganisma dan bahan kimia daripada racun perosak.

“Setelah air di empangan memasuki pusat pemprosesan air, kebanyakan bahan itu berjaya dihapuskan.

“Klorin yang digunakan turut membantu menghapuskan bakteria.

“Begitupun, jika air yang telah diklorin itu bertembung dengan sisa organik seperti air kencing, ia akan bertindak balas dengan klorin dan menghasilkan Trihalomethanes (THM) iaitu bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser,” kata Pauzi.

Klorin

Jelas Pauzi yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang Sains Alam Sekitar, kandungan klorin yang terdapat pada sumber air minuman bagaimanapun tidak terlalu banyak.

Sebaliknya, kata beliau, tempat paling berisiko adalah di kolam renang kerana kandungan klorinnya tinggi.

Mengulas lanjut, Pauzi memberitahu, THM wujud di dalam kolam renang jika terdapat ramai individu yang mandi di situ.

Jika salah seorang daripada mereka membuang air kecil atau najis yang merupakan sisa organik, ia akan bertindak balas dengan klorin lantas menghasilkan THM.

“Walaupun kandungan THM itu rendah, jika tersentuh atau diminum, kita boleh mendapat kanser dalam jangka masa panjang,” katanya kepada Jurnal.

Disebabkan itu, kata Pauzi, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) telah mengharamkan rawatan air minuman menggunakan klorin.

Katanya, ada dua cara rawatan air tanpa klorin iaitu dengan menggunakan teknologi osmosis balikan (RO) dan ultra violet.

Ironinya, menurut Pauzi, kebanyakan negara masih mengekalkan rawatan klorin kerana ia murah.

Bercerita lebih lanjut, menurut Pauzi yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Saintis Muslim Malaysia, terdapat banyak punca pencemaran air yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Rencana Utama!»
Penjaja sampan Sungai Klonghae

Penjaja sampan Sungai Klonghae
e-Filing mudahkan pembayar cukai

Infiniti!»
Teknologi mesra alam REDO

Teknologi mesra alam REDO
Konsert dengan sistem bunyi hijau

Varia!»
Amal Tesco untuk anak Chow Kit

WAKTU kualiti para pegawai kanan Tesco di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Chow Kit diluangkan untuk bermesra dengan penghuni Rumah Nur Salam.

Amal Tesco untuk anak Chow Kit
Kelab sosialit PUMA

Iklan@KOSMO!

Saturday, March 12, 2011

rahsia

sukarnya menyimpam rahsia....
walaupun ku tahu rahsia tidak akan selalunya menjadi rahsia...
suatu hari nanti pasti rahsia itu akan terbuka sendiri.. tapi biarlah rahsia itu bukan menjadi rahsia dari diri ku... biarlah dari orang yang empunya rahsia itu sendri yang bercerita...
aku hanya sebagai pendengar... amanah yang ku pikul berat sebenarnya... :)

Sunday, February 6, 2011

aishiteru menunggumu...

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku

saat ku harus bersabar dan trus bersabar

menantikan kehadiran dirimu

entah sampai kapan aku harus menunggu

sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani

hidup dalam kesendirian sepi tanpamu

kadang kuberpikir cari penggantimu

saat kau jauh disana

ooo…
*)

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga

entah penantianku takkan sia-sia

dan berikan satu jawaban pasti

entah sampai kapan aku harus bertahan

saat kau jauh disana rasa cemburu

merasuk kedalam pikiranku melayang

tak tentu arah tentang dirimu

apakah sama yang kau rasakan
reff:

walau raga kita terpisah jauh

namun hati kita selalu dekat

bila kau rindu pejamkan matamu

dan rasakan a a a aku

kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh

terhapus ruang dan waktu

percayakan kesetiaan ini

akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:

hapus sendiri pikiran melayang terbang

perasaan resah gelisah

jalani kenyataan hidup tanpa gairah

o…uo..

banyak segala misi dan ambisimu

akhiri semuanya cukup sampai disini

dan buktikan pengorbanan cintamu untukku

kumohon kau kembali
kembali ke *)





Lirik Lagu Zhifilia – Menunggu (Aishiteru) dipersembahkan oleh Lirik Lagu Indonesia Terbaru

Wednesday, February 2, 2011

muhasabah cinta...

renungan untuk diri ku

usia makin hari makin bertambah... perjalan hidup semakin singkat.. walaupun kita menjangkakan kita akan hidup tuk 100 tahun pun tapi tuhan yang menentukan setiap perjalann hambanya... melihat kehidupn insan lain buat aku merasa aku sangat bertuah... kadang kala kita melihat diri banyak kekurangn.. tapi insan lain ada yang lebih banyak mengalami kekurangn.. aku bersyukur ya ALLAh kerana sehingga hari ini kau berikan aku kehidupan yang sempurna..